Ahmad cabar Hasni Ketua Bahagian Pontian

PONTIAN 26 Feb. – Rebutan jawatan Ketua UMNO bahagian Pontian dijangka menjadi tumpuan apabila Timbalan Ketua Bahagian, Ahmad Maslan, mengesahkan akan bertanding merebut jawatan itu. Setiausaha Agung UMNO itu akan mencabar penyandang Hasni Mohammad, yang juga bekas Menteri Besar Johor pada pemilihan parti 18 Mac ini. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 mengesahkan borang pencalonannya bagi merebut jawatan itu sudah dihantar petang ini di Pejabat UMNO Bahagian Pontian. Hasni menyandang jawatan Ketua Bahagian Pontian sejak 2001, manakala Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian mulai…

Read More

8 rebut Naib Presiden UMNO tanpa Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Saingan bagi rebutan tiga jawatan Naib Presiden UMNO menyaksikan penampilan lapan orang calon yang terdiri daripada tiga menteri, dua Ahli Parlimen, seorang Menteri Besar dan dua bekas Ahli Parlimen. Dua penyandang Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan  Mahdzir Khalid akan mempertahankan jawatan itu sementara Ismail Sabri Yaakob tidak menawarkan diri bagi mengekalkan jawatan untuk penggal 2023-2026. Mohamed Khaled adalah Menteri Pengajian Tinggi manakala Mahdzir adalah bekas Ahli Parlimen Padang Terap. Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri sebelum ini membayangkan kesediaan berundur daripada arus perdana politik untuk…

Read More

Kes harian turun, tiada kematian baharu

PUTRAJAYA 26 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan semalam sementara dalam tempoh yang sama tiada kematian baharu direkodkan. Menurut data portal KKMNow,  kes harian semalam adalah 170 kes tempatan dan tiga kes import berbanding 204 kes termasuk lima kes import kelmarin. Jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,042,188 iaitu 5,003,511 kes tempatan dan 38,677 kes import manakala jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif berkurangan semalam iaitu 9,174 berbanding 9,220  kelmarin dan daripada…

Read More

SFA tarik balik kacang tanah Chang Ling

SINGAPURA 26 Feb. –  Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan pengimport kacang tanah Chang Ling Peanut dari China menarik balik produk itu dari pasaran. Dalam satu kenyataan media hari ini, SFA mengeluarkan arahan itu selepas mengesan asid siklamat dalam produk itu. Siklamat adalah sejenis bahan makanan tambahan yang dibenarkan untuk digunakan sebagai pemanis tiruan dalam produk makanan tertentu di bawah Peraturan Makanan Singapura. Bagaimanapun, menurut SFA, penggunaan siklamat dalam kacang tanah tidak dibenarkan. Kenyataan itu menjelaskan walaupun tiada risiko kesihatan segera akibat memakan kacang tanah dalam jumlah bahan siklamat yang dikesan,…

Read More