PUTRAJAYA 22 Feb. – “Saya tak tergamak nak buat rayuan,”. Itu antara penjelasan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung pendiriannya tidak akan merayu penggantungan keahliannya dalam parti. Ahli Parlimen Sembrong itu mengemukakan empat sebab mengapa beliau memutuskan demikian walaupun ada cadangan daripada UMNO Johor supaya beliau membuat rayuan. “Saya tak akan merayu. Apa sebabnya? Kerana saya tak tahu sebabnya saya digantung, betul tak? Sampai hari ini kita tidak tahu apa sebabnya saya digantung. Jadi nak rayu apa? “Kedua, gantung tak ikut proses, tak ikut prosedur. Saya tak…
Read MoreDay: February 22, 2023
Terus bersuara selagi masih bernyawa
PUTRAJAYA 23 Feb. – Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan terus bersuara apa yang tidak betul selagi masih bernyawa. “Selagi ada nyawa, apa yang tidak betul akan terus saya suarakan walau pahit untuk didengar oleh kumpulan yang tidak hilang deposit,” katanya melalui Facebooknya. Dalam satu hantaran bertajuk “HILANG DEPOSIT”, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu hairan kenapa ada pihak begitu beria-ia mahu beliau tidak bersuara. “ Saya dapati sejak selepas pilihan raya, setiap kali saya menegur atau menyatakan kerisauan berkait perkembangan semasa, saya disuruh berehat dan diam kerana kalah di…
Read MoreTiada lagi pengeluaran KWSP
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kerajaan kekal dengan berpendirian untuk tidak membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk secara bersasar, kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan. Beliau bagaimanapun percaya ada kaedah lain dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini, sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu kumpulan ini dan golongan rakyat Ahmad Maslan, berkata kebenaran bagi pengeluaran KWSP sudah diberikan sebanyak empat kali ketika pandemik Covid-19 sebelum ini dan negara yang melakukan perkara sama, turut tidak membenarkan pengeluaran wang caruman. Menjelaskan perkara itu…
Read MoreBersatu terima peletakan jawatan Wan Saiful
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengesahkan peletakan jawatan Wan Saiful Wan Jan selaku Ketua Penerangan parti, berkuat kuasa hari ini. Katanya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memaklumkan hasrat itu ketika beliau berjumpa Wan Saiful pagi ini dan surat peletakan jawatan rasmi akan dihantar kepadanya hari ini. Muhyiddin memuji sikap Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu yang disifatkan sebagai satu langkah bertanggungjawab. Sehubungan itu, beliau berkata langkah itu sekali gus menggambarkan satu standard daripada Bersatu apabila ahlinya berdepan tuduhan mahkamah. “Ini satu set standard kita nak tunjukkan bahawa dia…
Read MorePelitup muka perakuan SIRIM 1 Julai
PUTRAJAYA 22 Feb. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan tarikh penguatkuasaan baharu bagi Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 adalah mulai 1 Julai ini. KPDN dalam kenyataannya memaklumkan langkah itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar di negara ini untuk mendapatkan sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. Berikutan itu, KPDN akan mengadakan larangan import terhadap pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai standard perakuan seperti telah ditetapkan. “Kerajaan percaya tempoh sehingga hujung Jun ini adalah…
Read MoreWan Saiful letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Ahli Parlimen Tasek Gelugor,Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya semalam. Beliau berkata hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Hamzah Zainuddin dan terpulang kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk membuat keputusan. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, beliau mengambil keputusan itu bagi memberi tumpuan untuk membersihkan namanya terlebih dahulu yang menjadi prinsipnya selama ini. Wan Saiful bagaimanapun masih memegang jawatan Ahli MPT Bersatu. “Berikutan tindakan bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan…
Read MoreBerita pilihan…
Saudi jamin kuota haji Malaysia kekal, mungkin ditambah
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Arab Saudi memberi jaminan, sebanyak 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M yang sudah dipersetujui sebelum ini tidak akan dipotong, kata Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir. Pada masa yang sama, Dr Zambry berkata, kuota haji jemaah Malaysia juga kemungkinan besar ditambah. “Saya menyampaikan penghargaan negara atas keutamaan dan layanan istimewa yang diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia untuk urusan ibadah haji dan umrah,” katanya dalam kenyataan media. Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Putera Faisal Farhan dalam rangka lawatan sulung beliau ke…
Read MoreCovid-19: Kes harian 184, tiada kematian baharu
PUTRAJAYA 22 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam naik sedikit kepada 184 termasuk tiga kes import berbanding 167 kelmarin dengan satu kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,358 kes iaitu 5,002,690 kes tempatan dan 38,668 kes import. Menurut data portal KKMNow, tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,322 berbanding 9,330 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,986 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang…
Read MoreTiada cadangan mansuh SOSMA
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin yang didakwa melanggar hak asasi manusia. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata undang-undang keselamatan di bawah tanggungjawab kementerian termasuk SOSMA masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara. Katanya , SOSMA adalah undang-undang berbentuk prosedur yang digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik dan ada diperincikan dalam Jadual Pertama SOSMA 2012. Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan…
Read More