Australia lancar dos kelima 20 Februari

SYDNEY: Australia akan melancarkan dos kelima vaksin Covid-19 mulai 20 Februari ini kepada semua warganegaranya yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Mark Butler berkata, keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai tarikh itu.

Sebelum ini, hanya individu yang mengalami gangguan imun yang serius disyorkan untuk mengambil dos kelima.

Australia telah memberikan dua dos vaksin kepada 95 peratus individu yang berumur 16 tahun ke atas yang membantu Australia secara relatifnya mengekalkan bilangan kes Covid-19 yang rendah berbanding negara ekonomi maju yang lain.

Bagaimanapun untuk dos penggalak ketiga dan keempat agak perlahan dengan masing-masing mencatatkan 72 peratus dan 44 peratus.

Butler berkata, individu yang berumur 65 tahun ke atas kekal berisiko tinggi mendapat penyakit kritikal dan kematian akibat koronavirus.

Justeru , beliau menggesa mereka untuk mengambil suntikan kelima jika mereka layak.

Related posts

Leave a Comment