BUKIT MERTAJAM 8 Feb. – Hasil kutipan dana oleh One Hope Charity and Welfare akhir tahun lalu, seorang kanak-kanak pesakit Atrofi Otot Spina (SMA) berjaya mendapat suntikan Zolgensma bernilai lebih RM9 juta hari ini. Reese Tan Rui Xin yang berusia 19 bulan, mendapatkan suntikan penawar penyakit genetik itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pengerusi badan pertubuhan berkenaan, Chua Sui Hau, berkata kanak-kanak perempuan itu kini dilaporkan stabil dan memuaskan selepas menerima suntikan berkenaan. Dalam kenyataannya, beliau memberitahu kos keseluruhan ubat genetik Zolgensma itu bernilai RM9.139,625 dari Amerika Syarikat. Katanya,…
Read MoreDay: February 8, 2023
Dr Masliha tanding Ketua Puteri UMNO
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Dr. Masliha Harun, seorang doktor perubatan hari ini mengumumkan kesediaannya untuk bertanding bagi jawatan Ketua Puteri UMNO yang kini disandang oleh Datuk Zahida Zarikh Khan. Exco Puteri itu menyertai tiga calon lain yang sudah menyatakan hasrat secara terbuka bagi merebut jawatan berkenaan selepas Exco, Fadhwa Anuar dan Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan yang juga Ketua Puteri Seputeh. Dr Masliha yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai berjata, beliau mahu menjadikan sayap itu sebagai ‘pusat sehenti’ atau suara rujukan untuk generasi wanita muda menyuarakan…
Read MoreBerita pilihan…
SMART antara kumpulan pertama tiba di Turkiye
PUTRAJAYA 8 Feb. – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang berlepas ke Turkiye menjadi antara kumpulan pasukan dari negara asing pertama yang tiba di negara itu. Menurut Kementerian Luar Negeri, Malaysia dapat menghantar segera SMART dalam tempoh kurang daripada 12 jam dalam membantu pihak berkuasa tempatan. Dengan keanggotaan seramai 70 anggota, pasukan itu akan membantu kerajaan Turkiye dalam misi mencari dan menyelamat mangsa yang terjejas akibat kejadian gempa bumi. Kejayaan itu hasil daripada penyelarasan yang baik antara kesemua agensi kerajaan Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat…
Read More184 kes baharu Covid-19 di Malaysia
PUTRAJAYA 8 Feb. – Sebanyak 184 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam yang meliputi 181 kes tempatan dan satu kes import berbanding 175 yang dilaporkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan kes tempatan setakat ini adalah 4,999,719 dan 38,635 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 5,038,354. Dua kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,946 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,982, berkurangan sebanyak 71 kes berbanding kelmarin dan daripada jumlah itu,…
Read More