Kes harian Covid-19 turun sedikit

PUTRAJAYA 11 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini turun sedikit semalam dengan merekodkan 380 kes termasuk 11 kes import berbanding 383 kes yang dilaporkan kelmarin.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,031,076 iaitu 4,992,502 kes tempatan dan 38,574 kes import.

Menurut portal KKMNOW sembilan kematian akibat Covid-19 direkodkan berbanding sembilan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,892 termasuk 7,858 kes kematian luar hospital (BID).

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Isnin pula turun sedikit kepada 11,412 berbanding 11,414 kes kelmarin dan daripada jumlah itu sebanyak 10,844 kes atau 95 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin PKRC, manakala 542 pesakit atau 4.7 peratus mendapatkan rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, 26 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 373 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,982,772 orang.

Related posts

Leave a Comment