PKP di Kelantan 16 hingga 26 Jan.

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Kelantan yang 90 peratus daerahnya dalam zon merah dan jingga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 Januari (esok) hingga 26 Januari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes yang ketara di negeri itu sejak 14 hari yang lalu.

KKM melaporkan berlaku peningkatan kes mendadak kluster dalam komuniti seluruh Kelantan ketika ini.

“Sehingga 14 Januari 2021, secara kumulatif sebanyak 1,649 kes positif direkodkan di Kelantan.

Sejak 10 Januari, purata kes harian meningkat sekitar 80 hingga 100 kes sehari manakala kes aktif turut meningkat mendadak daripada 328 kepada 891 kes.

Related posts

Leave a Comment