GPS bayangkan kekal empat menteri

KUCHING 1 Dis. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi bayangan empat wakil rakyat gabungan itu akan dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan kabinet Kerajaan Persekutuan, sama seperti jumlah yang diperoleh sebelum ini. Pengerusinya, Abang Johari Tun Openg berkata, GPS telah menyatakan keinginan untuk mengekalkan jumlah itu di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Setakat ini saya tidak dengar apa-apa dari sana (Semenanjung), kemungkinan besar kita akan kekalkan jumlah yang sama. Sebelum ini kita ada empat orang Ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri penuh antaranya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku…

Read More

Anwar terima kunjungan KPN

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Menurut hantaran Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kunjungan hormat itu julung kali diadakan susulan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu. Pertemuan berlangsung hampir dua jam dengan kedua-dua pihak membincangkan isu-isu semasa serta taklimat berhubung keselamatan negara. Kunjungan hormat turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain serta barisan Pengarah PDRM. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN),…

Read More

Mekanisme baharu visa lawatan peribadi

JEDDAH 1 Dis. – Kementerian Luar mengumumkan mekanisme baharu untuk warga Arab Saudi mendapatkan visa lawatan peribadi bagi membawa masuk rakan dan kenalan mereka yang tinggal di luar negara ke Arab Saudi. Langkah itu bakal memudahkan pelawat asing untuk memasuki negara itu bagi menziarahi kenalan mereka.  Warga Arab Saudi yang ingin mempelawa kenalan untuk melawat perlu mengemukakan permohonan visa lawatan peribadi bagi pihak mereka di platform visa elektronik “National Unified Visa Platform” atau Platform Visa Bersepadu Nasional di bawah seliaan Kementerian Luar. “Permohonan visa lawatan peribadi boleh dikemukakan melalui platform…

Read More

12 ketua perwakilan asing serah watikah

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini. Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Jose Luis Pardo Cuerdo dari Sepanyol, Betty Oyella Bigombe (Uganda), Jacques Louis Werner (Belanda), Valeria Csukasi (Uruguay), Peter Van Acker (Belgium), Dilli Raj Poudel (Nepal), Florence Buerki Akonor (Ghana), Ali Hussain Didi (Maldives) dan Yeo Seung-bae (Korea). Selain itu,…

Read More

Polis siasat, Umrah DIY dakwa video lama

SEPANG 1 Dis. – Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran klip video melalui media sosial yang menunjukkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dan bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama bendera Israel. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata siasatan dijalankan ekoran daripada satu laporan polis yang diterima pada pukul 11.20 malam, kelmarin. Menurut kenyataan beliau hari ini, pengadu memaklumkan dia melihat satu klip video berdurasi 47 saat berkaitan kejadian itu dalam satu kumpulan WhatsApp sebelum tampil membuat laporan polis. Kenyataan itu menyebut hasil siasatan awal mendapati kejadian…

Read More

Permaisuri Agong hadir Malam BAKASA

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Malam Amal Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT ATM) Festival Fesyen Islamik (IFF) 2022 di Dewan Perkasa Wisma Perwira, ATM, di sini, malam tadi. Keberangkatan tiba Tunku Azizah pada pukul 8.30 malam disambut Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah, yang juga isteri kepada Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Menurut Facebook Selangor Royale Office, Malam Amal…

Read More

Kes harian Covid-19, kematian meningkat

PUTRAJAYA 1 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 dan kematian akibatnya semalam, Rabu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pada hari sebelumnya. Menurut data portal KKMNOW, sebanyak 1,737 kes harian direkodkan termasuk satu kes import berbanding 1,672 sebelumnya. Manakala 17 kematian dicatatkan semalam termasuk enam daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,992,168 orang iaitu 4,953,722 kes tempatan dan 38,446 kes import manakala 36,684 kematian direkodkan termasuk 7,808 BID. Selangor mencatatkan lima kematian termasuk satu BID, Pulau Pinang dan Melaka masing-masing dua BID,…

Read More

MSAM 2022 tarik lebih 120,000 pengunjung

PORT DICKSON 1 Dis. – Minggu Saham Amanah Malaysia 2022 (MSAM 2022) mencatatkan kehadiran pengunjung melebihi 120,000 orang sejak dibuka 24 November lalu hingga hari terakhir semalam. Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Arifin Zakaria, berkata  MSAM 2022 turut menarik perhatian pengunjung muda. “Saya difahamkan sepanjang MSAM diadakan, ia dikunjungi lebih 120,000 orang, yang mana sejumlah 17,000 pengunjung terdiri daripada kanak-kanak dan pelajar sekolah. “Alhamdullilah, ini membantu usaha PNB melahirkan lebih ramai masyarakat yang celik kewangan khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya di majlis penutupan MSAM 2022 di sini, malam…

Read More