Anwar terima kunjungan KPN

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Menurut hantaran Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kunjungan hormat itu julung kali diadakan susulan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.

Pertemuan berlangsung hampir dua jam dengan kedua-dua pihak membincangkan isu-isu semasa serta taklimat berhubung keselamatan negara.

Kunjungan hormat turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain serta barisan Pengarah PDRM.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia, Noorsiah Mohd Saaduddin.

 

(FOTO FB PDRM)

Related posts

Leave a Comment