PN-BN bincang bentuk kerajaan Pahang

KUANTAN 22 Nov. – Wakil Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN),  Tuan Ibrahim Tuan Man sudah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengesahan perbincangan itu dimaklumkan oleh Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

“Berkaitan pembentukan kerajaan negeri Pahang, wakil Majlis Tertinggi PN Datuk Seri (Tuan Ibrahim) sudah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Pahang (Wan Rosdy).

“Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya,” kata Saifuddin.

Menerusi kenyataan media semalam, Majlis Tertinggi PN melantik Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden Pas untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan Pahang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN Pahang memperoleh 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang manakala BN, memperoleh 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh lapan kerusi.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada rundingan yang dilakukan tiga parti berkenaan iaitu PN, BN dan PH dalam membentuk kerajaan.

Perbincangan berkenaan boleh dilaksanakan antara PN-BN atau BN-PH.

Related posts

Leave a Comment