Tiada ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menegaskan tiada mana-mana dalam kalangan 30 Ahli Parlimen BN telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kenyataan hari ini, Dewan Tertinggi BN juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang ketika mendepani situasi politik negara,” katanya.

Beliau berkata, dengan pendirian dan keputusan yang dicapai pada mesyuarat berkenaan, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang.

Related posts

Leave a Comment