Pulau Pinang juga cuti 18 November

TANJONG 10 Nov. – Pulau Pinang menyertai Selangor dan Negeri Sembilan mengisytiharkan cuti khas pada 18 November ini, sehari sebelum pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata hari cuti itu akan memberikan masa dan kemudahan kepada rakyat menjelang hari pengundian.

“Bersempena PRU15 yang akan diadakan pada 19 November ini, kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan cuti khas negeri pada 18 November iaitu pada Jumaat.

“Cuti khas negeri ini adalah untuk memberikan kemudahan dan juga sebagai galakan kepada rakyat Pulau Pinang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan cuti umum pada hari sama untuk menggalakkan rakyat negeri berkenaan membuat persiapan dan mengundi pada 19 November ini.

Sebelum itu, pengumuman cuti pada 18 November dibuat Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari bagi memudahkan pengundi yang bukan rakyat negeri itu untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.

Related posts

Leave a Comment