GTA bentang Agenda Baharu Malaysia

PUTRAJAYA 10 Nov. – Gerakan Tanah Air (GTA) menawarkan manifesto Agenda Baharu Malaysia, berlainan daripada manifesto parti-parti politik lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Pengerusi GTA, Dr Mahathir Mohamad menjelaskan gabungan tersebut tidak akan menjanjikan bulan dan bintang jika berjaya membentuk kerajaan. Katanya, daripada pengalaman lepas, GTA mendapati terlalu banyak janji termasuk yang melangkaui keupayaan, menyebabkan ia hampir pasti tidak dipenuhi kerana membebankan kerajaan sehingga ada kepentingan awam terpaksa diketepikan. GTA menawarkan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang berwibawa dan bertanggungjawab; bebas rasuah; berpegang kepada prinsip Bersih, Cekap dan…

Read More

Ismail Sabri kekal calon PM BN

MELAKA 10 Nov. – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menimbulkan spekulasi mahupun melaga-lagakan barisan kepemimpinan berhubung kedudukan calon Perdana Menteri. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ini kerana parti itu tidak pernah berganjak daripada pendirian mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU15), 19 November ini. “Jangan timbulkan spekulasi, jangan (buat) ramalan atau jangan cucuk-mencucuk di kalangan kami. We have no problem at all (Kami langsung tiada masalah). Dan…

Read More

“Ketika itu saya tiada pilihan”

SUNGAI BULOH 10 Nov. – Khairy Jamaluddin mengaku berjumpa Presiden MIC, S A Vigneswaran dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar untuk menawarkan diri bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Buloh. Bagaimanapun beliau menjelaskan, beliau bertindak sedemikian berikutan tidak menerima sebarang isyarat untuk bertanding di mana-mana kawasan selepas memberi kerusi disandangnya kepada Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan. “Saya tahu kena keluar dari kawasan Rembau. Ketika itu, saya tiada pilihan. Saya perlu melakukan sesuatu untuk diri saya. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk (berjumpa) dengan Tan Sri Noh Omar (Pengerusi…

Read More

Pulau Pinang juga cuti 18 November

TANJONG 10 Nov. – Pulau Pinang menyertai Selangor dan Negeri Sembilan mengisytiharkan cuti khas pada 18 November ini, sehari sebelum pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata hari cuti itu akan memberikan masa dan kemudahan kepada rakyat menjelang hari pengundian. “Bersempena PRU15 yang akan diadakan pada 19 November ini, kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan cuti khas negeri pada 18 November iaitu pada Jumaat. “Cuti khas negeri ini adalah untuk memberikan kemudahan dan juga sebagai galakan kepada rakyat Pulau Pinang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya…

Read More

Buatlah laporan polis, jumpa di mahkamah

KUALA LUMPUR 10 Nov. – “Eloklah buat laporan polis. Nanti jumpalah di mahkamah,” itu pendirian Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang tidak akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa DAP parti yang menyokong dan membawa ideologi komunis. Beliau juga mengakui tidak gentar, malah tidak akan berganjak daripada pendirian itu walaupun berdepan pelbagai desakan daripada pimpinan DAP. “Saya tidak akan mohon maaf atau tarik balik (kenyataan itu). Eloklah (mereka) buat laporan polis, memang saya kenal beberapa orang (pimpinan DAP) yang tak percaya Tuhan. (Mereka) pernah bercampur dengan kami, tak perlu sebut nama.…

Read More

Kes harian Covid-19 catat penurunan

PUTRAJAYA 10 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam masih melebihi angka 3,000 dengan merekodkan 3,267 turun sedikit berbanding 3,781 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,937,020. Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW, daripada jumlah itu, sebanyak 3,265 kes adalah penularan tempatan, manakala dua lagi kes import. Secara keseluruhannya, terdapat 34,829 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 95 peratus bersamaan 33,103 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah. Selain itu, terdapat 1,635 kes atau 4.7 peratus sudah mendapatkan…

Read More