Kes harian Covid-19 catat penurunan

PUTRAJAYA 10 Nov. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam masih melebihi angka 3,000 dengan merekodkan 3,267 turun sedikit berbanding 3,781 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,937,020.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW, daripada jumlah itu, sebanyak 3,265 kes adalah penularan tempatan, manakala dua lagi kes import.

Secara keseluruhannya, terdapat 34,829 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu, sebanyak 95 peratus bersamaan 33,103 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, terdapat 1,635 kes atau 4.7 peratus sudah mendapatkan rawatan lanjut di hospital, unit rawatan rapi (ICU) 28 kes dan 63 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengikut laporan KKMNOW, 10 kes kematian akibat jangkitan itu dilaporkan semalam dengan dua daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan 36,514 kematian dengan 7,772 kes BID.

Bagi jumlah kes sembuh di negara ini, setakat semalam terdapat sebanyak 4,026 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada jangkitan berkenaan adalah 4,865,677 kes.

Sementara itu, Selangor masih merekodkan kes tertinggi dengan 1,267 berbanding 1,515 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 322 (561), Perak 216 (163), Melaka 185 (212), Sabah 173 (176).

Kelantan 161 (156), Kedah 157 (145), Wilayah Persekutuan Putrajaya 146 (226), Pulau Pinang 145 (102),Sarawak 132 (80), Pahang 112 (82)

Kes terendah pula di Perlis 5 (2), Wilayah Persekutuan Labuan 24 (3), Terengganu 55 (63), Johor 68 (67) dan Negeri Sembilan 99 (228).

Related posts

Leave a Comment