2,054 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Okt. – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam turun kepada 2,054 kes, termasuk satu kes import berbanding 2,618 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan meningkat kepada 4,843,739 dan 38320 kes import manakala jumlah kematian pula kekal 36,444 berikutan tiada kes dilaporkan semalam.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 dalam negara turut meningkat dan kini berjumlah 27,378 kes, berbanding 27,299 kes dilaporkan hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 26,275 individu atau 96 peratus daripada kes aktif sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,060 pesakit mendapat rawatan di hospital di mana 27 individu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,818,237 berikutan 1,975 lagi pesakit dilaporkan sembuh.

Sementara itu, enam negeri merekodkan jumlah kes melebihi 100 didahului Selangor

871, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 422, Pulau Pinang 131, Perak 131, Negeri Sembilan 107 dan Sabah 101.

Wilayah Persekutuan Labuan tidak merekodkan sebarang kes manakala Perlis 6, Terengganu 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya 17, Pahang 30, Kelantan 36, Johor 41, Kedah 47, Melaka 48 dan Sarawak 52.

Related posts

Leave a Comment