MB Negeri Sembilan calon PH PD

PORT DICKSON 22 Okt. – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang ditinggalkan Anwar Ibrahim.

Presiden PKR,  Anwar Ibrahim mengumumkan ‘penggantinya’ itu malam tadi pada program Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Dataran Segar di sini.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR adalah anak tempatan, Chuah, Port Dickson  yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Negeri Sembilan. Awal tahun ini beliau menukar lokasi keahlian dari Tampin ke Port Dickson.

Anwar yang mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak dalam ucapannya menyatakan rasa terhutang budi kepada penduduk Port Dickson yang menerimanya dengan baik sepanjang menjadi Ahli Parlimen Port Dickson.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam Pilihan raya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dengan majoriti 23,560.

Anwar yakin PH mampu mengekalkan kerusi itu dan menyifatkan penggantinya dapat menjaga Port Dickson dengan baik kerana Aminuddin adalah anak tempatan dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan,”.

” Dia (Aminuddin) orang sini, buat kerja baik, banyak bantu saya, orang Kampung Pachitan, Chuah dan dia calon sesuai untuk ganti saya di sini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment