Jepun lulus vaksin bagi usia seawal 6 bulan

TOKYO: Golongan kanak-kanak seawal usia enam bulan di Jepun boleh mendapatkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech selepas panel Kementerian Kesihatan Jepun mengesyorkan dan meluluskan penggunaan vaksin itu.

Panel itu juga mengesyorkan kelulusan versi vaksin Pfizer yang menyasarkan subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron.

Sebelum ini, pada Januari lepas, Jepun memperluaskan penggunaan vaksin kepada mereka yang berumur seawal lima tahun.

Pada bulan lalu, pihak berkuasa kesihatan mula mengeluarkan dos penggalak Pfizer dan Moderna yang menyasarkan varian Omicron.

Dalam perkembangan yang sama, syarikat farmaseutikal Moderna sedang mendapatkan kelulusan Jepun bagi dos vaksin kedua-dua subvarian itu.

Related posts

Leave a Comment