CEO Pfizer dijangkiti kali kedua

AMERIKA SYARIKAT: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla, mengesahkan dijangkiti Covid-19 untuk kali yang kedua.

Dalam satu kenyataan, beliau bagaimanapun berkata dalam keadaan sihat dan bebas simptom.

Menurut laporan media, Bourla, 60, dijangkiti virus itu Ogos lalu dan mendapatkan rawatan antiviral Covid-19 syarikat terbabit, Paxlovid.

Paxlovid adalah ubat antivirus yang digunakan untuk merawat pesakit berisiko tinggi seperti pesakit yang lebih tua.

Bourla menerima empat dos vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer dan rakan kongsi Jermannya, BioNTech tetapi masih belum lagi mengambil dos penggalak bivalen baharu.

Dibangunkan oleh Moderna dan pasukan Pfizer dan BioNTech, dos bivalen baharu itu bertujuan untuk menangani subvarian BA.5 dan BA.4 yang masing-masing membentuk 84.8 peratus dan 1.8 peratus daripada semua varian yang menular di Amerika Syarikat berdasarkan data terkini.

Beliau belum mendapat penggalak bivalen baharu kerana mengikuti garisan panduan CDC untuk menunggu tiga bulan sejak dijangkiti Covid-19 untuk kali kedua.

Related posts

Leave a Comment