63,267 kes penipuan libatkan RM1.39 bilion

PUTRAJAYA 21 Sept. – Sebanyak 63,267 kes bagi lima jenis penipuan yang paling kerap dilaporkan di negara ini direkodkan dalam tempoh kurang tiga tahun dengan jumlah kerugian melebihi RM1.39 bilion. Penipuan itu melibatkan Macau Scam, penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud (PTW), penipuan pelaburan dan love scam. Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komputer/ Internet/ Harta Intelek/ Cakera Optik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superintendan Madhavan Nair Unnikrishnan, berkata kes berkenaan direkodkan antara 2020 hingga Ogos lalu. Katanya, Macau Scam paling banyak menyumbang pada jumlah kes dan kehilangan wang dalam tempoh tiga…

Read More

10,000 pekerja Sri Lanka dibawa masuk

PUTRAJAYA 21 Sept. – Malaysia akan membawa masuk 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan menggajikan pekerja warga asing, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan. Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 September lalu dengan mengambil kira keadaan negara itu yang dilanda krisis ekonomi. Katanya, Kerajaan Sri Lanka sudah mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan memohon kuota sebanyak 10,000 pekerja. “Ini antara usaha kerajaan untuk membantu Sri Lanka yang sedang berdepan krisis ekonomi terburuk di negara itu,”…

Read More

Israel tutup Tebing Barat

BAITULMUQADDIS : Israel akan menutup Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang dikuasainya menjelang tiga hari perayaan Yahudi sempena hampir sebulan peringatan keagamaan. Menurut tentera Israel, rakyat  Palestin tidak akan dibenarkan meninggalkan Tebing Barat atau Semenanjung Gaza untuk memasuki Israel semasa tahun baharu Yahudi, Rosh Hashana akhir bulan ini serta cuti Yom Kippur dan Sukkot pada Oktober. “Semasa penutupan itu, laluan akan dibenarkan hanya dalam kes kemanusiaan, perubatan dan luar biasa,” kata tentera. Penutupan dilakukan dalam suasana ketegangan yang memuncak selepas beberapa siri serangan maut ke atas Israel sejak Mac. Sejak…

Read More

Ada peningkatan kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 1,667 kes baharu semalam berbanding 1,307 kes yang dicatat pada hari sebelumnya. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat semalam adalah sebanyak 4,821,864. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam, dan dua daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan (BID) manakala 24,715 adalah kes aktif. Daripada jumlah kes aktif, sebanyak 95.4 peratus atau 23,577 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah! 1,079 kes dirawat di hospital dengan 37…

Read More