Ada peningkatan kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 21 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 1,667 kes baharu semalam berbanding 1,307 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat semalam adalah sebanyak 4,821,864.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam, dan dua daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan (BID) manakala 24,715 adalah kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif, sebanyak 95.4 peratus atau 23,577 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah! 1,079 kes dirawat di hospital dengan 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,028 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,760,825 orang pulih

Related posts

Leave a Comment