Raja Charles III Raja Australia, New Zealand

SYDNEY: Dua bekas tanah jajahan British, Australia dan New Zealand mengisytiharkan Raja Charles III sebagai raja di Australia dan New Zealand semalam (Ahad) dalam upacara serentak menandakan kenaikan takhta baginda.

Di Canberra, Gabenor Jeneral David Hurley mengisytiharkan “Putera Charles Philip Arthur George menjadi Raja Charles III, dengan rahmat Tuhan, Raja Australia”.

Sementara di Wellington, Perdana Menteri Jacinda Ardern memuji Raja Charles III dengan merujuknya sebagai sudah lama menyayangi Aotearoa New Zealand.

Menurut Arden, Raja Charles III secara konsisten menunjukkan keprihatinannya yang mendalam terhadap New Zealand.

Kedua-dua upacara itu adalah formaliti sahaja.

Walaupun kedua-dua bekas tanah jajahan British itu merdeka selama beberapa dekad tetapi mengekalkan raja sebagai ketua negara mereka.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, yang akan berlepas ke London minggu ini untuk menghadiri pengebumian Ratu Elizabeth II, mengumumkan 22 September sebagai hari cuti umum di Australia untuk memperingati kemangkatan baginda.

Related posts

Leave a Comment