Cuti umum pemakaman 19 September

LONDON: Kerajaan Britain mengumumkan cuti umum di negara itu pada 19 September ini sempena upacara istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II yang akan dimakamkan di Westminster Abbey.

Menurut laporan The Guardian, Raja Charles III turut bersetuju dan menitahkan hari pemakaman Ratu Elizabeth diisytiharkan cuti umum sebagai tanda hormat kepada pemimpin monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara itu.

Cuti umum ini memberi peluang kepada rakyat serta penduduk di Britain memberi penghormatan terakhir kepada baginda.

Sama seperti cuti umum lain, cuti hari pemakaman baginda sama seperti hari cuti kebangsaan lain di mana majikan syarikat meluluskan cuti ini sebahagian daripada cuti tahunan pekerja.

Jasad baginda kini ditempatkan di Istana Holyroodhouse di Edinburgh selepas melalui perjalanan enam jam dari Istana Balmoral

Jasad baginda akan ditempatkan di Istana Holyroodhouse sebelum dipindahkan ke Katedral St Giles di mana rakyat dijadual memberikan penghormatan terakhir.

Related posts

Leave a Comment