1,300 korban banjir di Pakistan

ISLAMABAD: Pakistan sedang bergelut dengan bencana akibat perubahan iklim yang telah mengorbankan lebih 1,300 mangsa, akibat banjir terburuk pernah berlaku di negara itu, kata Perdana Menteri, Shehbaz Sharif.

Shehbaz yang melawat kawasan terjejas banjir dan kem bantuan di sekitar negara itu berkata, ketika ini kanak-kanak merupakan golongan yang paling terjejas.

Banjir dijangka terus melanda selatan Pakistan apabila paras air Tasik Manchar, di barat Sungai Indus, iaitu tasik air tawar semula jadi terbesar di Pakistan dan antara yang terbesar di Asia meningkat akibat hujan monsun luar biasa.

Sementara pakar meteorologi meramalkan lebih banyak hujan di wilayah itu dalam beberapa hari akan datang dan menggesa penduduk kampung di daerah Jamshoro dan Dadu di wilayah Sindh berhampiran tasik itu untuk berpindah.

Kenaikan air mencapai paras berbahaya dan menimbulkan ancaman kepada benteng pelindung.

Related posts

Leave a Comment