2,078 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Ogos – Jumlah kes harian Covid-19 terus mencatat penurunan dengan merekodkan 2,078 kes baharu semalam berbanding 2,464 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 4,759,830 kes.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 2,066 penularan tempatan dan 12 lagi kes import.

Dalam tempoh yang sama, 10 lagi meninggal dunia, termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,155 yang meliputi 7,681 kes pesakit Covid-19 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Sebanyak 37,696 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19, termasuk 36,187 kes atau 96 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, 1,409 kes (3.7 peratus) menerima rawatan di hospital; Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (31); serta Unit Rawatan Rapi (ICU) (69 dengan 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan).

Secara keseluruhan, kadar penggunaan katil ICU di seluruh negara ialah sebanyak 61.5 peratus, namun kegunaan membabitkan pesakit Covid-19 adalah pada kadar 18.5 peratus.

Sebanyak 3,290 kes sembuh dicatatkan, semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya kini meningkat kepada 4,685,979 kes.

Related posts

Leave a Comment