Jangkitan baharu Covid-19 naik

PUTRAJAYA 18 Ogos – Jangkitan kes baharu Covid-19 meningkat sedikit semalam iaitu 3,516 kes termasuk tiga kes import berbanding 3,429 kes yang dicatat pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,744,929.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian juga turut meningkat kepada 15 orang berbanding sembilan yang dicatatkan pada Selasa.

Empat daripada kematian itu merupakan kes berlaku di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini adalah 36,117.

Kes aktif Covid-19 dalam negara pula kini 41,701 dan 96 peratus atau 40,034 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,534 kes dirawat di hospital dengan 92 kini ditempatkan di wad ICU di mana 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan sementara 2,541 pesakit dilaporkan sembuh.

Sementara itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 893 berbanding 1,082 kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 878 berbanding 676 kelmarin, Sabah 318 (273), Perak 296 (212), Negeri Sembilan 193 (221),  Melaka 164 (151), Pulau Pinang 123 (94), Johor 112 (129) dan Sarawak 107 (159).

Negeri lain yang merekodkan di bawah 100 kes adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 95 (54), Kedah 92 (123), Pahang 83 (70), Kelantan 78 (113),

Terengganu 59 (55), Perlis 17 (5) dan Wilayah Persekutuan Labuan 8 (12).

Related posts

Leave a Comment