Wanita Pertama AS positif Covid-19

WANITA Pertama,  isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Jill Biden disahkan positif Covid-19 semalam, dengan mengalami simptom ringan sejak Isnin.

White House memaklumkan, beliau disahkan positif ketika sedang bercuti di rumah rehat keluarganya bersama Joe Biden serta anak mereka di South Carolina.

Jill sebelum ini pernah mendapat dua suntikan vaksinasi Covid-19, dos penggalak serta menerima ubat antiviral, Paxlovid.

Ujian saringan antigen yang dilakukan oleh Jill menunjukkan keputusan negatif manakala ujian saringan RT-PCR menunjukkan keputusan yang sebaliknya.

Biden yang menjadi kontak rapat kepada isterinya turut melakukan ujian saringan pada hari yang sama dan disahkan negatif.

Jill akan menjalani kuarantin di South Carolina sebelum kembali ke Washington setelah dua ujian saringan yang dilakukan dalam hari mendatang menunjukkan keputusan negatif.

Related posts

Leave a Comment