Imunisasi kanak-kanak rendah

KUALA LUMPUR 9 Mac – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, setakat ini hanya 30 peratus kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

“Saya berasa amat sedih kerana vaksinasi untuk kanak-kanak ini masih rendah. sedangkan kes semakin meningkat,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata masa tunggu dan lihat ini sudah tamat dan ibu bapa perlu lebih prihatin dan mengutamakan tahap keselamatan anak-anak dengan melakukan suntikan vaksinasi kepada mereka.

Katanya, ibu bapa perlu lebih prihatin dan mengutamakan tahap keselamatan anak-anak dengan melakukan suntikan vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Untuk Kanak-kanak (PICKids),

“Kita melihat kemasukan ke hospital meningkat, kita melihat kemasukan ke ICU pediatrik meningkat, ibu bapa masih lagi tidak buat pilihan untuk memberi perlindungan kepada anak-anak mereka melalui vaksinasi kanak-kanak atapun PICKids,” katanya.

Related posts

Leave a Comment