Dos penggalak kedua petugas kesihatan

JAKARTA 30 Julai – Indonesia mulai semalam memberikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan.

Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, selaras dengan saranan Kumpulan Penasihat Teknikal Indonesia mengenai imunisasi, suntikan itu diberikan selepas enam bulan daripada tarikh suntikan dos pertama.

Langkah berkenaan membolehkan petugas kesihatan yang berisiko tinggi dijangkiti mendapatkan perlindungan yang optimum daripada virus itu memandangkan trend kes kembali meningkat.

Surat edaran mengenali keperluan pengambilan dos penggalak kedua itu telah diedarkan kepada pejabat berkaitan.

Setakat ini, dalam kalangan tenaga kesihatan, sebanyak 2,033,391 orang telah mendapatkan dos pertama, diikuti dos kedua 1,982,920 dan dos ketiga sebanyak 1,681,837.

Related posts

Leave a Comment