Malaysia catat 4,503 kes baharu

PUTRAJAYA 28 Julai – Malaysia mencatat 4,503 jangkitan baharu Covid-19, semalam, dengan 10 lagi kematian akibat wabak itu di empat negeri.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 4,664,213 kes, selain telah meragut 35,942 nyawa, setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data dalam laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 4,497 jangkitan baharu adalah penularan tempatan, manakala enam lagi kes import.

Korban baharu pula meliputi empat kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Daripada jumlah itu, lima kematian dilaporkan di Perak termasuk empat kes BID, Selangor (tiga) dan masing-masing satu di Pahang serta Pulau Pinang.

Sebanyak 3,847 kes sembuh dilaporkan, semalam, di samping 46,906 kes aktif ketika ini.

Ia merangkumi 45,318 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,505 dirawat di hospital, serta 24 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, 59 pesakit Covid-19 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ketika ini, kadar penggunaan katil ICU negara adalah 62 peratus, termasuk kes bukan Covid-19, dengan Kedah merekodkan kadar tertinggi pada 82.9 peratus.

Ia diikuti penggunaan ICU sebanyak 77.4 peratus di Selangor; Kelantan (72.8); Labuan (71.4 peratus); Putrajaya (70.0 peratus); Kuala Lumpur (69.6 peratus); Johor (66.1 peratus); Melaka (65.9 peratus); Sabah (63.8 peratus); Negeri Sembilan (63.3 peratus); Perak (54.5 peratus); dan Sarawak (53.6 peratus).

Empat negeri mencatat kadar penggunaan katil ICU bawah 50 peratus, iaitu Pulau Pinang (47.5 peratus); Terengganu (45.2 peratus); Perlis (42.1 peratus); dan Pahang (34.2 peratus).

Sementara itu Selangor terus mendahului jumlah kes dengan merekodkan 1,706 berbanding 1,447 sebelumnya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 989 berbanding 1,840 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 989 berbanding 1,840.

Ini diikuti Pulau Pinang 265, Sabah 238, Negeri Sembilan 173, Melaka 171, Kedah 159, Johor 120, Wilayah Persekutuan Putrajaya 100, Sarawak 81, Pahang 74, Kelantan 62, Terengganu 42, Wilayah Persekutuan Labuan 11 dan Perlis 6.

Related posts

Leave a Comment