7 lagi tawar diri ganti Boris Johnson

LONDON 11 Julai – Tujuh lagi calon menawarkan diri untuk menggantikan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menjadikan jumlah keseluruhan 11 orang.

Menteri Perdagangan Penny Mordaunt secara rasmi mengisytiharkan beliau akan bertanding disertai Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps.

Begitu juga Menteri Kewangan Nadhim Zahawi dan bekas menteri Jeremy Hunt serta Menteri Kesihatan, Sajid Javid.

Turut mengumumkan pencalonan adalah Ahli Parlimen Konservatif, Rehman Christi dan Setiausaha Luar Negara, Liz Truss.

Calon lain termasuk Kemi Badenoch, Tom Tugendhat, Seulla Braverman dan Rishi Sunak.

Antara ikrar calon-calon tersebut adalah cukai yang lebih rendah dan permulaan baharu kepada pentadbiran daripada skandal yang melanda kerajaan Boris Johnson.

Jawatankuasa Penggubal Undang-undang Parti Konservatif 1922 akan menetapkan jadual waktu yang tepat selepas mesyuarat pada Isnin.

Seorang Pegawai Eksekutif Jawatankuasa 1922, Bob Blackman berkata, pencalonan akan ditutup pada petang Selasa, diikuti dengan proses untuk mengurangkan calon ke dua peringkat akhir menjelang 21 Julai.

Ahli parti akan memilih pemimpin parti baharu pada musim panas, yang kemudiannya akan menjadi Perdana Menteri.

Related posts

Leave a Comment