Kes harian Malaysia meningkat

PUTRAJAYA 6 Julai – Tiga kes kematian akibat Covid-19 termasuk kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) dicatatkan  berbanding lapan kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,787 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kematian tersebut dilaporkan di Selangor iaitu dua kes termasuk satu BID dan satu kes di Pahang.

Jumlah kes baharu pula menunjukkan peningkatan dengan merekodkan  2,932 kes termasuk dua kes import berbanding 1,918 kelmarin yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,578,741.

Manakala kes aktif Covid-19 pula adalah sebanyak 30,019 di mana 28,709 individu atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 30 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,238 pesakit dirawat di hospital dengan 42 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 memerlukan bantuan alat pernafasan manakala 2,292 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,512,935.

Sementara itu, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 959 kes berbanding 482 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,393,455 kes.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mencatatkan 947 berbanding 662 kelmarin, Perak 194 (153), Negeri Sembilan 176 (103), Sabah 143 (119), dan Pulau Pinang 107 (77).

Negeri yang merekodkan di bawah 100 kes adalah Kedah 67 (48), Wilayah Persekutuan Putrajaya 61 (38), Johor 57 (89), Sarawak 54 (25), Pahang 51 (27), Melaka 42 (44), Kelantan 30 (20), Terengganu 18 (20), Wilayah Persekutuan Labuan 16 (6) dan Perlis 10 (5).

Related posts

Leave a Comment