Tembakan rambang berulang di AS

AMERIKA Syarikat sekali lagi dikejutkan dengan tembakan rambang yang meragut jiwa orang awam.

Kali ini sekurang-kurangnya enam orang terkorban manakala lebih 25 lagi cedera dalam dua kejadian iaitu di Pennsylvania dan Tennessee, pada Ahad.

Dalam kejadian di Philadelphia, tiga maut, dua lelaki dan seorang wanita, selepas beberapa suspek melepaskan tembakan terhadap orang ramai di South Street.

Beberapa orang turut cedera dalam kejadian itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan orang ramai bertempiaran selepas tembakan dilepaskan suspek.

Di Tennessee pula tiga maut manakala 14 lagi cedera dalam kejadian serangan di sebuah kelab malam pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Chattanooga, Celeste Murphy 14 mangsa terkena tembakan manakala tiga lagi dirempuh kereta ketika cuba melarikan diri.

Dua mangsa maut akibat terkena tembakan manakala seorang lagi dirempuh kereta.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada 16 dewasa dan seorang remaja, dikejarkan ke hospital di mana beberapa orang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Siasatan awal mendapati terdapat beberapa suspek yang telah melepaskan tembakan di kelab malam tersebut.

Kesemua suspek di kedua-dua tempat kejadian melarikan diri sejurus selepas insiden itu.

Sebelum ini, pada bulan lalu berlaku insidenĀ tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Texas, mencatatkan 21 kematian yang turut melibatkan 18 orang murid.

Turut dilaporkan kejadian di sebuah pasar raya Tops Friendly Market di Buffalo, New York menyebabkan 10 orang terkorban.

Related posts

Leave a Comment