Kadar kebolehjangkitan 1.04

PUTRAJAYA 17 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara turun lagi semalam dengan merekodkan 1.04 berbanding 1.10 kelmarin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya, Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar lebih tinggi iaitu 1.10.

Ini diikuti Sabah 1.04, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.03, Pulau Pinang 1.01 sementara Negeri Sembilan 0.95, Kedah dan Pahang masing-masing 0.93.

Melaka pula mencatatkan 0.91, Perak 0.90 diikuti Johor 0.88, Selangor 0.86 dan Sarawak 0.79.

Sementara itu Terengganu mencatatkan 20 kes, Kelantan 15 kes, Wilayah Persekutuan Labuan empat kes dan tiada kes dilaporkan di Perlis.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment