Angka turun, Perlis sifar kes harian

PUTRAJAYA 17 Mei – Sebanyak 1,697 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara kecuali Perlis, semalam, dengan semuanya membabitkan penularan tempatan.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 2,239 yang direkodkan kelmarin dan 2,373 pada 14 Mei lalu.

Perkembangan itu menjadikan jumlah individu dijangkiti Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,479,809 kes.

Menurut data dalam laman sesawang COVIDNOW, tiga negeri mencatat angka harian tiga digit yang menyaksikan Selangor mendahului dengan 707 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur 370 dan Pulau Pinang 151.

Ini diikuti Perak 78 jangkitan baharu, Johor 69, Negeri Sembilan 50, Sabah 48, Kedah 47, Melaka 39, Putrajaya 38, Pahang 36, Sarawak 25, Terengganu 20, Kelantan 15 dan Labuan empat kes.

Ketika ini, terdapat 30,879 kes aktif dengan 29,693 (96.2 peratus) sedang menjalani sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, 1,123 kes sedang menerima rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (23), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (22), serta ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (18).

Data turut menunjukkan 1,548 pesakit sembuh, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 4,413,310 kes.

Dalam pada itu, lima korban baharu Covid-19 dilaporkan, semalam, termasuk satu kes di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia sekali gus membawa kepada jumlah 35,620 kematian, setakat ini, termasuk 7,543 kes adalah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Related posts

Leave a Comment