Tiga kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 5 Mei – Angka kematian akibat jangkitan Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan hanya tiga kematian baharu direkodkan akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,567 orang, daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 28,777 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 27,361 individu atau 95.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 14 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,328 kes dirawat di hospital dan 74 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 41 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment