13 kematian baharu Covid-19

 

PUTRAJAYA 23 April – Sebanyak 12 kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini meningkat kepada 35,482 orang.

Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) yang membawa kepada  7,511 kes membabitkan pesakit Covid-19 direkodkan sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, masing-masing tiga kes dilaporkan di Johor dan Melaka, masing-masing dua kes dicatatkan di Pulau Pinang dan Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah serta Sarawak.

Bagi dua kes BID yang dilaporkan semalam, masing-masing satu kes direkodkan di Melaka dan Pulau Pinang.

Sementara itu sebanyak 9,111 kes sembuh dilaporkan menjadikan sehingga kini jumlah kes pulih daripada jangkitan berkenaan kini meningkat kepada 4,300,558 orang.

Related posts

Leave a Comment