474 juta kes, 6.1 juta kematian global

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 seluruh dunia meningkat kepada 474 juta kes berikutan pertambahan 1.82 juta kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, demikian menurut data terbaharu Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan lebih 43 juta serta 29 juta kes dan Perancis melepasi angka 24 juta kes.

United Kingdom pula merekodkan lebih 20 juta kes Jerman dan Rusia dengan lebih 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol kes melepasi angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta, diikuti Malaysia 4 juta kes dan Filipina 3.6 juta kes, manakala Thailand dengan 3.4 juta kes dan Singapura pula kini memasuki angka melebihi 1.04 juta kes.

Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 5,216 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Dengan angka terbaharu itu, jumlah keseluruhan kematian global akibat Covid-19 kini melebihi 6.1 juta dengan AS merekodkan kematian tertinggi melebihi 974,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 658,000 kes, India lebih 516,000 kes, Rusia lebih 358,000 kes dan Mexico lebih 322,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan lebih 154,000 kes korban, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 58,000 diikuti Malaysia dengan 34,000 kes dan Thailand dengan lebih 24,000 angka korban.

Related posts

Leave a Comment