Kadar kebolehjangkitan 0.96

PUTRAJAYA 17 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam naik kepada 0.96 sama seperti 14 Mac berbanding 0.95 kelmarin.

Empat negeri merekodkan kadar lebih rendah manakala 12 negeri lain mencatatkan kadar lebih tinggi.

Sarawak terus mendahului dengan kadar tertinggi iaitu 1.15 berbanding sebelumnya 1.19, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.13

Ini diikuti Terengganu 1.07, Negeri Sembilan masing-masing 1.06, Johor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perak masing-masing mencatatkan 1.03.

Melaka, Pulau Pinang dan Selangor merekodkan 1.02, Kedah  mencatatkan 0.98, Kelantan 0.94, Perlis 0.93, Labuan 0.78.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment