Dua dos beri perlindungan 95 %

BERAKAS 7 Mac – Dua dos vaksin boleh memberikan perlindungan hingga 95 peratus terhadap kesan teruk jangkitan manakala dos ketiga pula, berkemampuan untuk meningkatkan dan menambah perlindungan tersebut hingga lima kali ganda.

 Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, keputusan itu hasil pemantauan Kementerian Kesihatan dan penelitian terhadap kes-kes teruk juga kes-kes kematian disebabkan Covid-19 semasa gelombang ketiga pandemik di negara itu.

“Oleh itu, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan dos ketiga ini,” katanya pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, semalam.

Beliau menyeru orang ramai yang layak untuk mendapatkan dos ketiga vaksin Covid-19, tetapi belum memutuskan untuk mendapatkannya supaya ke Pusat-pusat Suntikan, bagi mendapatkan dos ketiga.

Setakat 5 Mac, sebanyak 56.5 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin melalui Program Vaksinasi Kebangsaan.

Related posts

Leave a Comment