78 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 2 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 78 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 32,827 orang, daripada 3.45 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 34 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 293,651 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 282,283 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,452 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,542 kes di hospital dan 374 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 151 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 213 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment