75 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 1 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 75 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,749 orang, daripada 3.4 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 20 daripada 75 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 293,423 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 281,714 individu atau 96 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,467 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,881 kes dirawat di hospital, 361 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 168 memerlukan bantuan pernafasan dan 193 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment