Kadar kebolehjangkitan 1.13

PUTRAJAYA 24 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi kepada 1.13 semalam berbanding 1.15 kelmarin .

Wilayah Persekutuan Labuan masih mengekalkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain dengan catatan 1.44, naik sedikit jika dibandingkan pada hari sebelumnya iaitu 1.42.

Ini diikuti Sarawak 1.31, manakala Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan masing-masing 1.28, Perlis 1.26, Pulau Pinang 1.26, Pahang 1.24, Selangor 1.22, Kelantan 1.21, Sabah 1.20, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing 1.19.

Tiga lagi negeri mencatatkan kadar di bawah 1.13 iaitu Melaka 1.12, Johor 1.11 dan Putrajaya 1.09.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment