14,274,843 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 24 Feb. – Sebanyak 45,526 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil menerima dos pertama vaksin Covid-19 semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 661,752 individu atau 18.6 peratus populasi kanak-kanak pada usia itu menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,274,843 individu atau 60.7 peratus populasi dewasa telah menerima dos penggalak Covid-19 termasuk 95,380 yang mendapatkan dos itu semalam.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,946,057 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,224,993 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 2,799,485 individu atau 90.0 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,889,543 atau 92.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 143,749 dos vaksin diberikan meliputi 47,876 dos pertama, 493 dos kedua dan 95,380 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 66,589,636.

Related posts

Leave a Comment