Hanya 14 peratus ambil dos penggalak

KOTA KINABALU 22 Feb. – Sebanyak 42 daripada 44 individu yang meninggal dunia di luar hospital akibat Covid-19 antara 1 Januari hingga 17 Februari lepas di Sabah belum menerima dos penggalak dan dua lagi telah menerima dos itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata, setakat ini hanya kira-kira 14 peratus penduduk Sabah mengambil vaksin dos penggalak.

Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 negeri berkata, peratusan itu terlalu rendah dan mengajak orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak di klinik-klinik kesihatan terdekat dan di pusat-pusat pemberian vaksin dos penggalak.

“Orang ramai adalah digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak kerana telah terbukti dapat mengurangkan gejala teruk, malah mengurangkan risiko kematian akibat jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Masidi berkata 99.69 peratus daripada 4,755 kes harian Covid-19 semalam adalah daripada Kategori Satu dan Dua manakala Kategori Tiga lapan kes, Kategori Empat (enam), Kategori Lima (satu).

Related posts

Leave a Comment