421.1 juta kes global, 5.871 juta korban

TERDAPAT pertambahan 1.88 juta kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini mencecah 421.1 juta.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan dalam tempoh yang sama terdapat pertambahan 10,315 kes korban direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini mencecah 5.871 juta kes.

Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 78 juta kes dan juga merekodkan kematian yang tinggi iaitu 933,000 kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes dan 28 juta, Perancis melepasi 22 juta kes manakala United Kingdom, Rusia, Turki, Itali dan Jerman pula melepasi angka 11 juta, manakala Sepanyol 10 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.9 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.1 juta dan Thailand dengan 2.6 juta kes. Singapura melebihi 533,000 kes.

Sementara itu,  Brazil merekodkan lebih 643,000 kematian, India lebih 510,000 kes dan Rusia lebih 337,000 kes, Mexico  lebih 314,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. Negara yang merekodkan angka korban melebihi 97,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 145,000 kes korban sementara Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 55,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes.

Related posts

Leave a Comment