36 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,276 orang, daripada lebih 3.14 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, 11 daripada 36 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara itu, terdapat 233,065 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 219,696 individu atau 94.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,476 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,658 kes dirawat di hospital dan 235 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) di mana 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 132 memerlukan ventilator.

Related posts

Leave a Comment