11 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 9 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 31,655 orang, daripada 2.77 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, dua daripada 11 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,776 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 32,866 individu atau 82.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,230 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,427 kes dirawat di hospital dan 253 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 138 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 115 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment