97.7% dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 6 Jan. – Sebanyak 97.7 peratus atau 22,872,297 individu daripada populasi dewasa telah lengkap vaksinasi, iaitu pertambahan sebanyak 2,262 orang berbanding semalam.

Bagi kumpulan yang sama, sebanyak 98.9 peratus atau 23,160,259 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos, pertambahan 1,385 individu.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.5 peratus atau 25,634,294 telah lengkap vaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,012,936 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Penerima dos penggalak pula meningkat kepada 7,107,613 orang atau 21.8 peratus, pertambahan sebanyak 238,720 dos.

Sebanyak 87.8 peratus atau 2,761,997 telah melengkapkan dua dos manakala  90.7 peratus atau 2,852,677 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam terdapat pertambahan 245,326 dos diberikan membabitkan kedua-dua populasi menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 58,554,303.

Related posts

Leave a Comment