9 juta di UK belum ambil penggalak

LONDON: Sebanyak sembilan juta warga United Kingdom yang layak menerima dos penggalak, masih belum mengambil suntikan ketiga itu, walaupun program dos penggalak di negara itu dilihat antara ke hadapan berbanding negara lain di Eropah.

Perdana Menteri, Boris Johnson yang memuji program dos penggalak itu berkata setakat ini, 34 juta orang sudah menerima dos penggalak Covid-19 itu.

Sebanyak 90 peratus daripada mereka yang berada dalam rawatan rapi dengan Covid-19 tidak mendapatkan dos penggalak dan lebih 60 peratus daripada yang berada dalam rawatan rapi dengan Covid-19 tidak mempunyai vaksinasi.

“Ramai juga dilaporkan menjadi korban kerana tidak mengambil sebarang suntikan,” katanya yang menyifatkan kumpulan sembilan juta itu sebagai satu perkara mengejutkan.

Selain itu jelas Johnson, beberapa negara telah mengetatkan sekatan Covid-19 di mana individu yang telah mendapatkan dos penggalak dianggap sebagai lengkap divaksin.

Johnson juga berkata negara itu tidak akan mengenakan sekatan baharu namun keadaan dan kadar jangkitan akan terus dipantau dengan teliti.

Related posts

Leave a Comment