Solat: Kelantan kekal jarak 1.6 meter

KOTA BHARU 5 Jan. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat Jumaat dan fardu di masjid, surau serta musala sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata pelaksanaan itu dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid dengan penjarakan 1.6 meter.

Kelantan yang kini berada dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga membenarkan aktiviti keagamaan seperti majlis zikir, kelas al-Quran dan kuliah umum mengikut kapasiti sebenar masjid berkuat kuasa serta merta.

Perkara tersebut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan SOP dinyatakan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau serta musala.

Mohamad Rizam berkata sekiranya didapati mana-mana masjid, surau dan musala melanggar SOP yang ditetapkan, pihaknya akan mengarahkan supaya ia ditutup.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein mengumumkan Sarawak dan Kelantan beralih ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa 3 Januari lepas.

(foto hiasan)

Related posts

Leave a Comment