29 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 29 kematian akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi, termasuk enam membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 31,221 orang.

Menurut data laman sesawang COVIDNOW, enam daripada 29 kematian itu dilaporkan di Pahang, diikuti lima kes di Perak, Kedah (empat), masing-masing tiga di Johor, Selangor dan Terengganu, Sabah (dua) dan masing-masing satu di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Setakat tengah malam tadi, sebanyak 49,395 kes aktif iaitu 42,043 kes menjalani kuarantin di rumah, pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (3,443) dan rawatan di hospital (3,571).

Sementara itu, kadar penggunaan katil di hospital berada pada tahap 63.9 peratus, termasuk 56.7 peratus penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk pesakit bukan Covid-19, manakala penggunaan katil di PKRC pada tahap 22.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment